TENTANG FTR

Friday, June 22, 2018

Mak masuk hospital

Saat ini saya sedang duduk di hadapan kedai serbaneka, dalam hospital Besar Seremban sambil menikmati coffee Wonda kegemaran.

Mengambil nafas ketenangan sebelum mengambil giliran menyambung tanggungjawap seorang anak.

Saat ini, mak kami adik beradik berada dalam wad 6A, sudah 2 hari mak kat sana, bermakna sudah 2 hari saya berumahkan hospital ini.

Gara-gara menikmati hari raya, mak nekad tak mahu mengambil insulin, rutin hariannya setiap pagi dan malam, alasannya, tak puas menikmati raya jika insulin di ambil. Belum kira berapa banyak kes curi-curi makan, curi-curi minum, dan kami anak-anak culas memerhati tingkah laku mak sebab sangkaan kami, mak takkan menganiaya diri sendiri.

Natijahnya, kami anak beranak berumah tangga di hospital, masing-masing terpaksa bercuti, yang jauh terpaksa balik,  seorang menjaga di waktu siang, seorang mengurus dan memasak di rumah untuk ayah, menjaga ayam-ayam mak, dan tugas saya, meneman mak waktu malam.

Ini pengalaman pertama kami. Bagi orang yang pernah berada dalam situasi ini, mungkin tidak terasa cabarannya sementelah pernah merasai pengalaman ini. Tapi bagi kami, inilah kali  pertama kami merasa menguruskan mak dari hujung kaki ke hujung kepala, sehingga yang ke dalam-dalamnya kami uruskan, mak tak punya upaya hatta untuk bangun dari katil sekalipun.

Itu mak, lain kisahnya dengan ayah. Ayah kami sejauh yang kami kenal, orangnya garang, anak-anak tak berani mengangkat muka bila ayah mula berang, apa yang ayah cakap, tak siapa berani membantah (tapi kalau mak, 10 patah yang keluar dari mulut mak, kami gandakan berganda-ganda, Allah, kekadang bukan niat nak melawan, cuma itu satu tabiat yang dibawa sejak azali).

Dan bila mak ditimpa musibah begini, kami nampak betapa berkaitnya pasangan ini. Pada saat mak tak mampu bangun, terpaksa kencing atas tilam, ayah la yang selepas subuh mencuci kain-kain batik mak, membilas segala baju yang terkena, mengemas tilam untuk dijemur dan mengangkat mak untuk diurut. Satu saat, ayah tinggalkan mak dalam jagaan saya, halus pesannya, "ngah jaga mak jap ye, jangan pegi jauh-jauh", ditinggal mak dan rupa-rupanya ayah berjumpa dengan adik-adiknya, mengadu kesedihan melihat mak yang terlantar dan memohon pertolongan adik-adiknya mengurus kemasukan mak ke hospital.

Bila mak di letak dalam wad pemerhatian, ayah orang yang paling risau, kehulu kehilir tanpa duduk, tanpa makan, menunggu perkembangan mak di dalam. Anak-anak yang menegur, semua kene tempias, baginya, selagi mak tak buka mata dan tersenyum, selagi itu dia ada di muka pintu wad, risau kalau mak bangun dan dia tiada di sisi.

Bila keputusan keluar, baru dia mahu bergerak, dan akibat mengabaikan diri sendiri, ayah diserang demam, tak lalu makan, dan terbaring tidur, sekali lagi anak- anak teruji, ayah bukan mudah disuruh-suruh, tak kene anginnya, mau merasa kami jerkahannya.

Tapi hebatnya ikatan mereka, sejauh mana kami rahsiakan demam ayah pada mak, dia terlebih dahulu mengetahuinya, di paksa kami menelifon ayah, "teruk ke demam ayah?" tanyanya berkali-kali pada saya dan saya mengambil pendekatan tipu sunat, "bila pulak ayah demam?" termanggu sekejap si isteri, memikir dari mana dia mengetahui keadaan si suami.

Yang si suami pula, adik di rumah yang menjaga ayah, risau ayah tak bangun-bangun, makan tak lalu, bangun pon sekejap, batuk tak henti. Tapi kala disua telifon, bercakap dengan isteri, begitu normal suaranya, bagai hilang segala batuk, segala sakit, tak mahu si isteri risaukan keadaan nya.

Pelikkan hubungan sebegini? Pada saat kita bertanya pada pasangan, sejauh mana cintanya pada  kita, sanggupkah susah senang dengan kita, dan jawapannya sebenarnya cuma terluah pada saat dugaan Allah mengetuk lembaran kehidupan kita suami isteri, dan pada saat itulah, jawapan sebenar untuk soalan yang kita tunggu seumur usia perkahwinan kita terjawap.

Moga Allah kurniakan kita semua pasangan dunia akhirat. Bersama-sama pada saat susah senang, sakit dan sihat, duka dan bahagia, dan yang sama-sama beribadah supaya seiiringan ke syurga Allah.

Dan saya jumpa hikmahnya dugaan Allah pada saya selama ini, InsyaAllah. Allah capaikan niat saya untuk menjaga mak, Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Dia.

Doakan kesembuhan ayah dan mak kami, terima kasih pada makcik-makcik yang sentiasa ada pada saat anak-anak kejauhan, pada merekalah kami titipkan permintaan, tolong tengokkan orang tua kami dan Alhamdulillah pada saat kami di duga, mereka la yang bersusah payah membantu dari pelbagai sudut. Alhamdulillah, moga Allah balas segala kebaikan mereka, InsyaAllah.

Wednesday, May 23, 2018

Berhati-hati

Saya sedang menunggu suami apabila lalu seorang lelaki muda di hadapan saya. Jalannya laju tapi melilau memandang sekeliling bagai tercari-cari sesuatu.

Saya menyambung aktiviti menjadi pemerhati, dan secara tiba-tiba pemuda tadi sudah terpacak di depan saya. Berbaju melayu biru, seluar jeans dan menyandang beg galas di bahu. Air mukanya  nampak risau, keliru dan segala macam yang tak dapat saya tafsirkan.

" Kak, boleh tolong saya tak?" tunduk selepas menutur ayat.
"Tolong apa?"
"Kak, boleh tak hulurkan duit? saya belum makan lagi hari ni".

Dan serentak yang sama, dia mengundur diri beberapa tapak ke belakang.

Saya cuba bertanya, "Dari mana ni?"

"Takpela kak, takpe-takpe," dia terus meluru ke depan.

"Eh dik, takpe-takpe, akak tak tanya dah", saya menjerit sedikit, suasana yang sunyi dan tambahan tiada ada orang di sekeliling, membuat kan suara saya sedikit bergema dan membuatkan lelaki muda itu terhenti.

Dia berjalan semula pada saya, saya keluarkan wang dari beg.

"Dik, akak bagi apa yang mampu ye," saya hulurkan sekeping wang.

"Terima kasih kak, terima kasih banyak-banyak, moga Allah murahkan rezeki akak dan mudahkan urusan akak," tangan yang di tadah, di raub ke muka. Air mukanya kelihatan sedih.

Saya lihat dia berlalu, hati tertanya, apakah kesulitan yang menimpa lelaki muda tadi. Pelbagai spekulasi muncul dalam hati, mungkin dia dari kampung, baru sampai ke Larkin dan kehilangan barang-barang penting, tak de kenalan yang boleh dihubungi, tak ada tempat untuk menumpang tidur, siapa tahu, kan?

Situasi itu memberi satu pengajaran pada saya. Menjadi satu tabiat saya, membawa duit yang cukup-cukup dalam beg duit jika ke mana-mana, cukup untuk tambang bas pergi balik, tinggalkan beberapa ringgit untuk beli air, itu sahaja. Seringkali dimarahi mak, banyak kali di pesan, bawa duit untuk kecemasan, jangan letak di dalam beg duit, letak di satu tempat yang selamat, musibah datang tak di duga.

Beringatlah jika berjalan jauh. Jangan terleka, takut nanti ada pemangsa menunggu masa mencekup. Moga Allah mudahkan urusan pemuda tadi. Moga kita semua dalam lindungan yang maha kuasa.


Sunday, May 13, 2018

cerita pakcik tua

Selepas berdolak-dalih sama ada hendak balik mengundi atau tak, suami ambil keputusan untuk menunaikan tanggungjawap pada negara. Mulanya terasa berat hati, cuti hanya sehari, tempat mengundi nun jauh di utara, rasa tak berbaloi memenatkan diri (kata suami pada awalnya). seminggu sebelum mengundi, kami pulang melawat keluarga suami, dan disini semua impian saya untuk bersenang lenang dirumah bersama suami punah sekelip mata.

Berbeza sekali dengan saya, keluarga suami (termasuklah dia sekali) adalah golongan yang begitu mengambil berat hal-hal politik. saya? cuma bersifat mengambil tahu, sekurang-kurangnya boleh menyampuk sepatah dua bila ada yang membuka cerita. Di sampuk semangat patriotik keluarganya, suami nekad balik ke Sungai Petani, menaiki bas. Saya yang sekadar jadi pom-pom istri, akur. sekurang-kurangnya dapat saya berjalan keluar dari negeri Johor ini.

Dan pada petang Isnin, dengan menaiki motor, kami menuju ke Larkin, misi mencari tiket bas bermula. Hati tak berapa yakin, bila dilihat secara online, tak ade dah tiket yang tersisa, semuanya sold out. Tapi suami bukan faham makna putus asa, selagi tak jumpa, selagi itu dia akan mencari.

Selepas melawat satu kaunter ke satu kaunter, banyak yang dah sold out, ada pula bas tambahan yang harga mengalahkan tiket kapal terbang, kami akhirnya ketemu dengan tiket yang  dicari, memenuhi misi suami menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

Misi dah tercapai, perut pon dah kenyang, kami menuju ke parking motor. Saat ini, mata kami berdua tertumpu pada seorang pakcik, di dalam restoran mamak, berkain pelekat, berbaju melayu, di tangannya terjinjing sebungkus besar plastik, pergi satu ke satu meja menawarkan sesuatu di tangan

Suami berkata " apalah yang pakcik tu jual, tua sangat dah. Saya nak tunggu, nak tengok apa yang dijualnya"

Tak lama, pakcik tua keluarkan kopiah-kopiah dari plastik jinjingan, ditunjuk kepada penghuni meja yang didekatinya.

Air muka suami berubah, suami saya, orangnya cepat panas. Hatinya cepat belas. Saya tahu ape yang akan berlaku selepas itu.

Agakan saya betul, sebaik pakcik tua keluar dari restoran  mamak, suami kedepan, menghampiri.

"pakcik, saya nak beli kopiah, boleh saya tengok tak saiz apa yang ada?"

Diambil satu, diacu ke kepala sebelum berpaling pada saya "ok tak yang ni?"

Saya anggukkan, baru pakcik tua perasan kehadiran saya.

"haa dengar cakap istri, istri ni raja. Kita nak masuk rumah pon kene mintak izin dia"

"Cakap istri selalunya betul, jarang salah, kalau dia kata ok, ok lah. Kalau tak taklah."

Saya tak begitu faham pada maksudnya, cuma tersenyum, segan hendak bertanya.

Selepas memilih dua kopiah, suami membayar, bersalam dengan pakcik tua. Terdengar suara sebak suami.

" pakcik kalau kita jumpa lagi, saya belanja pakcik makan ye", saya faham hati suami. Dia sayu melihat pakcik yang pada pukul 10 malam masih terbongkok-bongkok membawa jualan.

"Rezeki kita jumpa pakcik tu, saya kan banyak kali cakap nak beli kopiah, senang nak terawih, hari ni Allah jumpakan kita dengan pakcik tu. Paling saya tak lupa nasihat dia, suruh jaga istri pelihara istri baik-baik. Dia cakap masa saya salam dia tadi, berair mata dia"

Panjang nasihat pakcik pada suami rupanya. Kami bergerak balik sambil sepanjang perjalanan mendengar suami bercerita tentang pakcik tua.

Moga Allah jaga pakcik tua, dipermudahkan kehidupannya.

Bagaimana hari tua kita nanti? Moga segalanya baik-baik sahaja. Moga Allah pelihara kita dari segala kekusutan dunia, moga mudah untuk kita mengutip sisa pahala sebelum di panggilNya. Moga hari kita penuh ketenangan berteman anak cucu dan orang-orang yang disayang.

Moga sempat kita merasa hari tua nanti..

Monday, April 23, 2018

Mood baru

       
       Saya ketemu artikel ini pada saat saya tertanya-tanya, mengapa doa saya masih tidak terjawap, usaha saya masih tidak nampak hasil. saya mula hilang semangat, tak mahu meneruskan amalan menarik rezeki yang saya pelajari dari FTR. Saya beribadah tanpa  ada sebarang harapan cuma berharap pahala dari ibadah seharian. Saya mula putus harap untuk merasa hidup senang, untuk berharap Allah kurniakan rezeki anak dan pelbagai lagi impian yang saya harap untuk dimakbulkan sebelum menutup mata.

      Artikel ini merubah cara pemikiran saya, membuatkan saya mula berpikir. Yang penting adalah jangan berhenti meminta, kuncinya adalah kesabaran.

      
KENAPA AMALAN2 MENGUNDANG REZEKI KITA TAK BERHASIL
.
.
Kadang kala Kita dah buat macam macam Amal
Dhuha 12 rakaat
Sedekah
Tahajjud
Zikir2
Tapi Kita Tak nampak sebarang keajaiban pun berlaku pada diri Kita.
.
Ada orang kita tengok buat sikit je tapi macam2 miracle dia dapatkan?
.
Okay Ada beberapa perkara nak highlight :
.
.
===
First, TIADA AMALAN YG SIA2
===
.
.
Sebenarnya amalan dan hasilnya belum kita nampak itu bukan gagal, apalagi disebut usaha sia-sia. Ingat, tak ada usaha yang sia-sia. inshaAllah.
.
Kalau kita sudah buat sungguh sungguh bekerja keras, tapi hasilnya belum kelihatan,
Sebenarnya Kita sedang bercucuk tanam.
.
Menanam pohon energi positif buat masa depan Kita.
.
.
Saat pohonnya berbuah, Kita sendiri yang menikmati hasilnya nanti.
.
Kalau tidak di dunia InshaAllah di akhirat nanti.
.
.
===
Second : ISTIQAMAH
===
.
.
Boleh jadi mereka yang kita kira buat amal sedikit tu tapi berjujuk jujuk keajaiban mendatangi mereka sebenarnya sedikit yang sudah sekian lama mereka KONSISTEN buat.
.
Sayangnya kita cuma lihat hasilnya saja. Tetapi tidak lihat pohon energy yang dia tanam dan dia rawat sekian lama.
.
.
Dan kita amalan yang 'banyak' kita buat itu baru sehari dua kita buat.
.
.
Jadi jom Kita bajai pohon itu, sirami dia dengan usaha-usaha positif berterusan.
.
.
===
Third : AMALAN vs PENGHALANG REZEKI
===
.
.
Kita asyik buat amalan2 yang mengudang keberlimpahan rezeki.
.
Tapi kita lupa untuk menambah ilmu tentang sikap sikap dan benda2 yang boleh menyekat rezeki. Dan membuatkan rezeki bocor di sana sini.
.
.
Boleh jadi amalan yang Kita sedang buat sekarang habis digunakan buat menampalkan kebocoran rezeki kita.
.
.
Itu juga satu rahmat sebenarnya.
.
Amalan tadi Allah tukar dengan segala musibah yang dah tertulis untuk itu.
.
Ada banyak pola, ada banyak cara, untuk Kita seimbangkan antara amalan2 mengundang rezeki Dan ILMU tentang perkara2 yang membocorkan rezeki.
.
.
===
keeempat : MIRACLE yang sebenarnya
===
.
.
Ini yang paling penting harus Kita ingat dan semat
.
Rezeki itu bukan hanya soal duit tapi juga soal ke-LAPANG-an dan juga ke-SEMPAT-an.
Banyak orang yang Ada duit yang banyakkk, tapi tak ada KELAPANGAN untuk melakukan hal-hal baik. Solat dhuha, tahajjud, etc
Banyak orang yang punya WAKTU, tapi tak ada KESEMPATAN untuk menghadiri Hal Hal yang baik
.
Rezeki besar sebenarnya ketika Kita Mula buat amalan amalan ini.
.
.
Yang terlebih penting selalu upgrade NIAT Dan upgrade ILMU dalam beramal. hasilnya akan Kita nikmati nanti.
.
.
Siti Munirah A.Rashid
Squad Elit FTR
.
.
Dapat sesuatu?
Belanja Komen YA WAHHAB seround
Thank you

Friday, March 23, 2018

Selamat jalan Adam Haiqal

Saya merewang-rewang di blog lama. Lama saya tak menulis di sana, terlampau banyak kesedihan yang saya putarkan menjadi satu bahan cerita yang ceria.

Itu kelebihan saya, saya boleh menulis secara berlawanan, mungkin saya tengah bersedih saat itu, tapi saya boleh menulis sesuatu yang menceriakan, dan mungkin  hari saya berjalan seperti biasa, tapi saya menulis tentang kesedihan.

Tapi hari ini saya tak mampu menipu diri lagi. Saya dalam kesedihan, dan saya pohon sesiapa yang membaca posting ini, saya pohon, sedekahlah Al-fatihah untuk saya, doakan saya kuat menghadapi dugaan Allah.

Saya yakin, Allah menguji bukan kerna tak sayang,Dia menguji kerana cinta pada hambaNya, hamba yang banyak khilafnya, hamba yang 38 tahun hidupnya, kadang sedar, kadang tak sedar melakukan dosa.

Kita sama kan? seharian, mesti tersungkur dimana-mana. paling mudah, beritip lah Istigfar dibibir. Moga Allah ampunkan dosa kita setiap masa, setiap saat.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, moga tak dihisab dosa kita di muka bumi ini berkat zikir tak henti.

Insyallah, hati saya akan kembali pulih, Moga doa saya sampai kepangkuan yang punya nyawa.

Sambil itu, saya ada ubat yang sangat mujarab, Al-quran yang saya baca hingga Allah kurniakan ketenangan dan FTR yang saya selak mencari kisah sebagai pengubat kesedihan

Siapa kata FTR hanya mengajar menambah wang? FTR adalah buku tentang kehidupan, bersifat peringatan.

Kita perlukan loceng untuk sedarkan kita dari lenakan?

Begitulah FTR, loceng sebelum kita tersungkur menyembah dunia


Berminat dengan buku hebat Formula Tarik Rezeki ini, anda boleh buat pesanan di sini,
atau wasap saya di nombor 017-8092831

Assalammualaikum

zai@tabtibau


Aku cuba menaip tanpa setitik air mata keluar..ok, fighting!!

Aku bermimpi
Berada diluar masjid,mengadap sesuatu dihadapan
Pagi yg hening,indah

Ada ank kecil berdiri di muka pintu
Memandang ke arahku

Mukanya hairan
Melihat aku yg merenung jauh

Anak itu bertanya
Apa yg dimenungkan

aku kesedihan
Merindu org yg jauh kataku

Anak itu mendekat
Tanpa pamitan, dipeluk tubuhku
Hangat

Selamat jalan Adam haiqal
Tunggu ibu & abah disana
Ibu & abah sayangkan mu duhai anak
Nanti kita jumpa kat sana okey:)


Result-gagal...empang pecah..haha

Tuesday, March 20, 2018

Testimoni

Best kan, bila baca pengalaman orang yang berjaya. Dapat itu ini, dapat projek 700k.

Kita pun nak jadi gitu. Tapi di sebalik kejayaan tu, kita tau tak pengorbanan yang dia buat?

Macam mana usaha dia, tak kira usaha fizikal, mental mahupun spiritual..

Kisah semalam tu, dia share antara usaha spiritual yang dia buat tu, amalan yang dikongsikan dalam buku FTR.

Sanggup tak kita nak contohi usaha dia?
Modal untuk dapatkan FTR 200 lebih ajer.

Jika sanggup, alhamdulillah anda di jalan yang terbaik untuk berjaya. Nak capai sesuatu, tunjukkan kesungguhan, pasti Allah bantu.

Kalau takda duit pun lagi, set target dulu, doa minta sungguh-sungguh dengan Allah.

Jangan terus give up.. "ala saya takda duit nak beli buku"

Allah tak bantu orang yang berputus asa.

Jangan sesekali putus asa dengan Allah.

Boleh ke boleh?

.
P/s: Pesanan buat diri sendiri jua.

Kredit Syakirah Kapli
http://nak.la/IlmuTarikRezeki
#TipsRezekiMudah279

Monday, March 19, 2018

AKPK

Saya masih tak jumpa cara untuk mangatur hidup sebagai suri rumah tangga + peniaga online. 4 tahun hidup bujang, cuma seminggu dalam sebulan menjadi isteri, rasa segalanya bagai serba tak kena. Terpesorok dalam rumah sepanjang hari buat saya hanya nampak tv dan bantal, hobi saya dari dulu yang sekarang tak mampu diulang.

Terkial-kial mengejar masa, kekadang terpikir, bagaimana bila dah ada anak nanti? tapi bila saya teringat tentang pergantungan sepenuhnya pada Allah, hati rasa tenang kembali, yakin satu hari semuanya akan teratur sempurna.

Ingat cerita saya tentang suami yang hampir disenarai ke dalam CCRIS? masalah itu sudah kami jumpa penyelesaiannya. Alhamdulillah, Allah lorongkan kami mencari penyelesaian melalui AKPK.

Awalnya, kami tak tahu apa fungsinya AKPK ni, pernah dengar disebut-sebut, cuma tak pernah diambil kisah. Rupanya banyak manfaatnya AKPK ni.

Kami ke CIMB untuk restructure bayaran bulanan kad kredit kami (bacalah cerita saya sebelum ini) Bila kami berjumpa pegawai CIMB, mereka nyatakan yang kes kami bukan bawah mereka lagi, tapi sudah di transfer ke badan pengutipan wang yang mewakili mereka, seterusnya jika gagal membuat pembayaran, surat mahkamah akan menyusul.

Terkelu kami suami isteri bila mendengar jawapan pegawai tersebut. Mati akal kembali, tapi sekali lagi pertolongan Allah datang tepat pada masanya. Pegawai wanita itu berikan kami satu kertas, beserta nombor. Beliau nasihatkan kami ke AKPK, berjumpa pegawai di sana.

Lega hati, berdua kami ke bandar JB, mencari bangunan BNM menggunakan google maps. Ke kaunter, daftar diri pada portal BNM (rasanya, ) keluarlah segala pinjaman, hutang piutang kami selama ini termasuklah yang hampir-hampir tak dapat diselamatkan lagi.

Ke kaunter semula, staff wanita berikan kami borang, beserta pesanan supaya menyediakan segala dokumen yang diperlukan sebelum datang kembali untuk khidmat nasihat.

Dan Khamis lepas, selepas segala borang lengkap, kami mengadap pegawai AKPK, Encik Faizul. Kami ceritakan segala masalah kami, bagaimana kami terjebak dalam masalah kewangan ini, dan akhirnya encik Faizul menyelesaikan kekusutan kami dengan satu kaedah yang begitu melegakan.

Encik Faizul mengasingkan segala pinjaman kami mengikut aset, kad kredit, dan pinjaman lain. di pilih mana yang boleh dibantu, berbincang dengan kami berapa kemampuan kami setiap bulan dan akhirnya, kami cuma perlu bayar separuh dari jumlah sebenar selama 2 tahun, dan jumlah akan menaik sedikit selepas 2 tahun sehinggalah segala pinjaman terbayar.

Banyak nasihat dan tip-tip yang diturunkan encik Faizul. Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya (kata encik Faizul, dia jarang berada di ofis, selalu buat road tour untuk memberi pendidikan tentang AKPK)

Dan pesan encik Faizul, kalau ada saudara-mara, kawan-kawan atau sesiapa yang dikenal yang punya masalah kewangan, cepat-cepatlah ke AKPK. Menurut beliau, kaum cina paling ramai ke AKPK sepanjang kerjaya beliau, orang melayu adalah yang paling jarang, mungkin seperti saya, tak pernah tahu, atau lebih kepada tak kisah.

Saya berkongsi apa yang saya telah alami, Dan jika ada yang terbaca coretan saya dan alami masalah sama seperti saya, nasihat saya, cepatla ke AKPK sebelum terlambat

Paling penting, yakin lah pada Allah, aturan Nya paling sempurna. Minta lah padanya, sungguh-sungguh. Lambat atau cepat pasti terjawap

Ada satu kisah di zaman nabi yang saya cedok sedikit dari buku hebat FORMULA TARIK REZEKI, kisah seorang anak yang setiap kali balik dari sekolah, akan solat sunat 2 rakaat sebelum mengadap rezeki masakan ibunya. Setiap hari, tanpa gagal. Satu hari, ibunya mendapat berita kematian saudaranya, bergegas keluar rumah hingga lupa memasak untuk anak yang akan pulang dari sekolah nanti. Si anak, sampai sahaja di rumah, solat 2 rakaat, kemudiannya sedia mengadap rezeki di bawah tudung saji. Malang nasibnya hari itu, tiada apa yang boleh dimakan. berbisik anak di dalam hati, mungkin ibadahnya kurang kusyuk hari ini hingga Allah tak mengurniakan makanan untuknya hari itu. Maka solat la si anak sekali lagi,

Berkali-kali anak ini solat, kemudian ke dapur menunggu hidangan kerana percaya dengan kata si ibu, solatlah supaya Allah kurniakan rezeki dan pada kali ketiga solatnya, dia ke dapur kembali dan di atas meja terhidang makanan paling sedap, paling enak yang pernah si anak kecil itu rasa.

Apa pengajaran dari kisah tadi? doa kita bukan tidak termakbul, mungkin ada silap pada ibadah kita, atau perbuatan harian kita. Boleh jadi juga Allah menunggu saat yang tepat untuk dikurniakan permintaan kita.

Yang pasti, kita sebagai hamba kena yakin Allah sahaja tempat bergantungnya kita, tiada makhluk lain yang mampu membantu kita, pada saat kesulitan ataupun kesedihan.

Berminat dengan buku hebat Formula Tarik Rezeki ini, anda boleh buat pesanan di sini,
atau wasap saya di nombor 017-8092831

Assalammualaikum

zai@tabtibau