TENTANG FTR

Monday, March 19, 2018

AKPK

Saya masih tak jumpa cara untuk mangatur hidup sebagai suri rumah tangga + peniaga online. 4 tahun hidup bujang, cuma seminggu dalam sebulan menjadi isteri, rasa segalanya bagai serba tak kena. Terpesorok dalam rumah sepanjang hari buat saya hanya nampak tv dan bantal, hobi saya dari dulu yang sekarang tak mampu diulang.

Terkial-kial mengejar masa, kekadang terpikir, bagaimana bila dah ada anak nanti? tapi bila saya teringat tentang pergantungan sepenuhnya pada Allah, hati rasa tenang kembali, yakin satu hari semuanya akan teratur sempurna.

Ingat cerita saya tentang suami yang hampir disenarai ke dalam CCRIS? masalah itu sudah kami jumpa penyelesaiannya. Alhamdulillah, Allah lorongkan kami mencari penyelesaian melalui AKPK.

Awalnya, kami tak tahu apa fungsinya AKPK ni, pernah dengar disebut-sebut, cuma tak pernah diambil kisah. Rupanya banyak manfaatnya AKPK ni.

Kami ke CIMB untuk restructure bayaran bulanan kad kredit kami (bacalah cerita saya sebelum ini) Bila kami berjumpa pegawai CIMB, mereka nyatakan yang kes kami bukan bawah mereka lagi, tapi sudah di transfer ke badan pengutipan wang yang mewakili mereka, seterusnya jika gagal membuat pembayaran, surat mahkamah akan menyusul.

Terkelu kami suami isteri bila mendengar jawapan pegawai tersebut. Mati akal kembali, tapi sekali lagi pertolongan Allah datang tepat pada masanya. Pegawai wanita itu berikan kami satu kertas, beserta nombor. Beliau nasihatkan kami ke AKPK, berjumpa pegawai di sana.

Lega hati, berdua kami ke bandar JB, mencari bangunan BNM menggunakan google maps. Ke kaunter, daftar diri pada portal BNM (rasanya, ) keluarlah segala pinjaman, hutang piutang kami selama ini termasuklah yang hampir-hampir tak dapat diselamatkan lagi.

Ke kaunter semula, staff wanita berikan kami borang, beserta pesanan supaya menyediakan segala dokumen yang diperlukan sebelum datang kembali untuk khidmat nasihat.

Dan Khamis lepas, selepas segala borang lengkap, kami mengadap pegawai AKPK, Encik Faizul. Kami ceritakan segala masalah kami, bagaimana kami terjebak dalam masalah kewangan ini, dan akhirnya encik Faizul menyelesaikan kekusutan kami dengan satu kaedah yang begitu melegakan.

Encik Faizul mengasingkan segala pinjaman kami mengikut aset, kad kredit, dan pinjaman lain. di pilih mana yang boleh dibantu, berbincang dengan kami berapa kemampuan kami setiap bulan dan akhirnya, kami cuma perlu bayar separuh dari jumlah sebenar selama 2 tahun, dan jumlah akan menaik sedikit selepas 2 tahun sehinggalah segala pinjaman terbayar.

Banyak nasihat dan tip-tip yang diturunkan encik Faizul. Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya (kata encik Faizul, dia jarang berada di ofis, selalu buat road tour untuk memberi pendidikan tentang AKPK)

Dan pesan encik Faizul, kalau ada saudara-mara, kawan-kawan atau sesiapa yang dikenal yang punya masalah kewangan, cepat-cepatlah ke AKPK. Menurut beliau, kaum cina paling ramai ke AKPK sepanjang kerjaya beliau, orang melayu adalah yang paling jarang, mungkin seperti saya, tak pernah tahu, atau lebih kepada tak kisah.

Saya berkongsi apa yang saya telah alami, Dan jika ada yang terbaca coretan saya dan alami masalah sama seperti saya, nasihat saya, cepatla ke AKPK sebelum terlambat

Paling penting, yakin lah pada Allah, aturan Nya paling sempurna. Minta lah padanya, sungguh-sungguh. Lambat atau cepat pasti terjawap

Ada satu kisah di zaman nabi yang saya cedok sedikit dari buku hebat FORMULA TARIK REZEKI, kisah seorang anak yang setiap kali balik dari sekolah, akan solat sunat 2 rakaat sebelum mengadap rezeki masakan ibunya. Setiap hari, tanpa gagal. Satu hari, ibunya mendapat berita kematian saudaranya, bergegas keluar rumah hingga lupa memasak untuk anak yang akan pulang dari sekolah nanti. Si anak, sampai sahaja di rumah, solat 2 rakaat, kemudiannya sedia mengadap rezeki di bawah tudung saji. Malang nasibnya hari itu, tiada apa yang boleh dimakan. berbisik anak di dalam hati, mungkin ibadahnya kurang kusyuk hari ini hingga Allah tak mengurniakan makanan untuknya hari itu. Maka solat la si anak sekali lagi,

Berkali-kali anak ini solat, kemudian ke dapur menunggu hidangan kerana percaya dengan kata si ibu, solatlah supaya Allah kurniakan rezeki dan pada kali ketiga solatnya, dia ke dapur kembali dan di atas meja terhidang makanan paling sedap, paling enak yang pernah si anak kecil itu rasa.

Apa pengajaran dari kisah tadi? doa kita bukan tidak termakbul, mungkin ada silap pada ibadah kita, atau perbuatan harian kita. Boleh jadi juga Allah menunggu saat yang tepat untuk dikurniakan permintaan kita.

Yang pasti, kita sebagai hamba kena yakin Allah sahaja tempat bergantungnya kita, tiada makhluk lain yang mampu membantu kita, pada saat kesulitan ataupun kesedihan.

Berminat dengan buku hebat Formula Tarik Rezeki ini, anda boleh buat pesanan di sini,
atau wasap saya di nombor 017-8092831

Assalammualaikum

zai@tabtibau

No comments:

Post a Comment