Selepas berdolak-dalih sama ada hendak balik mengundi atau tak, suami ambil keputusan untuk menunaikan tanggungjawap pada negara. Mulanya terasa berat hati, cuti hanya sehari, tempat mengundi nun jauh di utara, rasa tak berbaloi memenatkan diri (kata suami pada awalnya). seminggu sebelum mengundi, kami pulang melawat keluarga suami, dan disini semua impian saya untuk bersenang lenang dirumah bersama suami punah sekelip mata.
Berbeza sekali dengan saya, keluarga suami (termasuklah dia sekali) adalah golongan yang begitu mengambil berat hal-hal politik. saya? cuma bersifat mengambil tahu, sekurang-kurangnya boleh menyampuk sepatah dua bila ada yang membuka cerita. Di sampuk semangat patriotik keluarganya, suami nekad balik ke Sungai Petani, menaiki bas. Saya yang sekadar jadi pom-pom istri, akur. sekurang-kurangnya dapat saya berjalan keluar dari negeri Johor ini.
Dan pada petang Isnin, dengan menaiki motor, kami menuju ke Larkin, misi mencari tiket bas bermula. Hati tak berapa yakin, bila dilihat secara online, tak ade dah tiket yang tersisa, semuanya sold out. Tapi suami bukan faham makna putus asa, selagi tak jumpa, selagi itu dia akan mencari.
Selepas melawat satu kaunter ke satu kaunter, banyak yang dah sold out, ada pula bas tambahan yang harga mengalahkan tiket kapal terbang, kami akhirnya ketemu dengan tiket yang dicari, memenuhi misi suami menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.
Misi dah tercapai, perut pon dah kenyang, kami menuju ke parking motor. Saat ini, mata kami berdua tertumpu pada seorang pakcik, di dalam restoran mamak, berkain pelekat, berbaju melayu, di tangannya terjinjing sebungkus besar plastik, pergi satu ke satu meja menawarkan sesuatu di tangan
Suami berkata " apalah yang pakcik tu jual, tua sangat dah. Saya nak tunggu, nak tengok apa yang dijualnya"
Tak lama, pakcik tua keluarkan kopiah-kopiah dari plastik jinjingan, ditunjuk kepada penghuni meja yang didekatinya.
Air muka suami berubah, suami saya, orangnya cepat panas. Hatinya cepat belas. Saya tahu ape yang akan berlaku selepas itu.
Agakan saya betul, sebaik pakcik tua keluar dari restoran mamak, suami kedepan, menghampiri.
"pakcik, saya nak beli kopiah, boleh saya tengok tak saiz apa yang ada?"
Diambil satu, diacu ke kepala sebelum berpaling pada saya "ok tak yang ni?"
Saya anggukkan, baru pakcik tua perasan kehadiran saya.
"haa dengar cakap istri, istri ni raja. Kita nak masuk rumah pon kene mintak izin dia"
"Cakap istri selalunya betul, jarang salah, kalau dia kata ok, ok lah. Kalau tak taklah."
Saya tak begitu faham pada maksudnya, cuma tersenyum, segan hendak bertanya.
Selepas memilih dua kopiah, suami membayar, bersalam dengan pakcik tua. Terdengar suara sebak suami.
" pakcik kalau kita jumpa lagi, saya belanja pakcik makan ye", saya faham hati suami. Dia sayu melihat pakcik yang pada pukul 10 malam masih terbongkok-bongkok membawa jualan.
"Rezeki kita jumpa pakcik tu, saya kan banyak kali cakap nak beli kopiah, senang nak terawih, hari ni Allah jumpakan kita dengan pakcik tu. Paling saya tak lupa nasihat dia, suruh jaga istri pelihara istri baik-baik. Dia cakap masa saya salam dia tadi, berair mata dia"
Panjang nasihat pakcik pada suami rupanya. Kami bergerak balik sambil sepanjang perjalanan mendengar suami bercerita tentang pakcik tua.
Moga Allah jaga pakcik tua, dipermudahkan kehidupannya.
Bagaimana hari tua kita nanti? Moga segalanya baik-baik sahaja. Moga Allah pelihara kita dari segala kekusutan dunia, moga mudah untuk kita mengutip sisa pahala sebelum di panggilNya. Moga hari kita penuh ketenangan berteman anak cucu dan orang-orang yang disayang.
Moga sempat kita merasa hari tua nanti..
No comments:
Post a Comment