Hari isnin
Ambik tiket bas pukul 12, here we go..
Balik jumpa suami yang terkontang-kanting sorang-sorang.
Kekadang tertanya jugak, dulu masa duk jauh, tak begini pon teruknya, boleh je survived sensorang kat Johor tu.
Dah duduk bersama ni, kene tinggal seminggu pon dah macam sebulan.
Tetiba terdetik, mungkin sebab masalah yang menimpa, dia jadi begitu.

Ada kisah dalam perjalanan pulang.
Saya ni, naik je ape-ape kenderaan yang tidak disertai sang suami, saya pasti tidur
Tapi kene make sure suami saya tak ada, kalau ada dia, peluang sangat nipis. Banyak sangat halangan kalau saya berniat nak menutup mata.
Itulah yang berlaku dalam perjalanan pulang saya. Letak barang, naik bas, tunggu bas jalan, Dan saya pun mula merayap ke alam mimpi.
Hingga saya tersedar ada orang menangis di belakang tempat duduk saya. Nak menjenguk, takut bercampur malu, takut di kata busy body. Sesekali terdengar sembangnya di telefon bimbit, ade beberapa ayat Yang dapat saya tangkap, " ok, insyallah", "sesak nafas", " masuk hospital".
Saya sambung tidur yang terbantut, tak mahu berkisah tentang hidup orang.
Hingga bas meluncur di highway Ayer Itam, adegan makin hebat. Setiap kali suara Ed Shreen berkumandang (deringan hand phone) saya akan dengar dialog yang sama, diucap sambil ter esak-esak,
" Dah nak sampai dah, kat Ayer Itam ni" , " dah nak sampai Larkin ni", " tunggu, jangan tutup dulu, orang nak tengok"
Ayat akhir itu betul- betul menyentak hati, berkali-kali di sebut. Allah, dugaan apa yang sedang di tempuh anak gadis ini.
Saya tak punya kekuatan nak menegur. Saya bukan seorang yang ramah, bukan seorang yang pandai memujuk, jadi saya biarkan dia begitu sambil berdoa Allah mudahkan jalan dia.
Sampai di Larkin, adik itu orang pertama yang turun. Saat saya mencecah kaki ke tanah, kelibatnya sudah tak kelihatan. Moga Allah kuat kan semangat nya, dan permudahkan urusannya, itu doa saya pada adik tadi.
Turun dari bas, saya mencari bas ke Masai pulak. Alhamdulillah perjalanan pulang saya ke sisi suami di mudahkan. Depan mata, bas sedia nak berjalan, bayar tambang, mata tertumpu pada satu-satunya tempat kosong yang tinggal,Alhamdulillah, tak perlu berdiri sambil mengangkut beg sandang yang besar dan pelbagai beg di tangan.
Perjalanan pulang ke Masai buat saya berfikir, bagaimana agaknya jika saya diuji sebegitu. Mampu kah saya bersabar seperti adik itu,
Kita buka mata setiap hari, kekadang Kita lupa bersyukur pada Allah untuk benda- benda biasa yang setiap hari ada, contohnya nyawa kita, orang yang kita sayang, pada kesihatan yang Allah masih kurniakan. Kita bangun pagi, Belum sempat bersyukur, dah pikir apa nak buat hari ini, nak masak apa hari ini, apa rancangan TV Yang best hari ini.
Bayangkan bangun pagi Kita, Di khabarkan orang yang kita sayang pergi tinggalkan kita, kesihatan kita tiba-tiba diuji, Dan pelbagai lagi. Mampu kah Kita untuk mengadap?
Hidup ni misteri sangat, tiada siapa yang tau esok bagaimana. yang tahu, cuma Dia. yang pasti dunia ini cuma tempat persinggahan, entah esok, entah lusa, berangkat lah kita
Maka saya kira, saya kene tukar niat saya. mungkin saya dan suami tak kaya-kaya sebab saya ni asyik pikir macam mana nak kaya. bukan nya berfikir macam mana nak sediakan diri supaya tak miskin di akhirat nanti. saya tak takut mati tanpa meninggalkan harta bende, saya takut saya mati tanpa bekalan ke sana.
buat sesuatu kerana allah, kerana ingin mencari jalan ke syurga.
Formula 17 : Fokus urusan akhirat
"Apabila akhirat ada dalam hati, maka datanglah dunia menemaninya. Tetapi apabila dunia ada di hati, maka akhirat tidaklah akan menemaninya. itu kerana akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina"
-Abu Sulaiman Ad Daroni
moga Allah campak hidayahnya pada saya suami isteri dan kita semua. Saya tak mahu menyesal bila ajal dah makin menghampiri. Moga Allah pelihara kita dari panasnya api neraka, Amin, Ya Allah Ya Mujid
"Sayang.. abang lapar"

itulah suami saya, nampak isteri je lapar😆
Jika berminat dengan buku Formula Tarik Rezeki, anda boleh terus kesini
Atau wassap saya - 017-8092831
Assalammualaikum, jumpa lagi
Zai@tabtibau
Jika berminat dengan buku Formula Tarik Rezeki, anda boleh terus kesini
Atau wassap saya - 017-8092831
Assalammualaikum, jumpa lagi
Zai@tabtibau

No comments:
Post a Comment