TENTANG FTR

Wednesday, March 7, 2018

Memerhati dunia

Bersembang dengan seorang sahabat baik minggu lepas. Ada sedikit pertelingkahan antara sahabat-sahabat saya, dan saya sebagai orang tengah cuba untuk membaiki hubungan mereka kembali. Sekurang-kurangnya saya tidak di soal di akhirat nanti.

Di pertengahan cerita, Kami berbalah pendapat sedikit. Saya berpendapat, lebih baik untuk orang menyuarakan ketidakpuasan hati secara depan-depan.maksudnya, adalah lebih baik jika  dikutuk , dihina, di fitnah secara depan-depan dari di umpat di belakang. Jika secara berdepan, dapat kita pertahankan diri, jika di umpat di belakang kita, macam mana kita nak betulkan semua yang dikata perkatakan? 

Lain halnya dengan sahabat saya ini. Dia merasakan lebih baik diumpat di belakang, sekurang-kurangnya, dah termaktub pahala untuk orang yang di umpat. Pedulikan apa yang di cakap, yang pasti malaikat dah mencatit pahala di sebelah kanan.

Dan otak saya mula memikirkan ayat sahabat saya tadi. Pahala hasil umpatan. Bagaimana kalau yang mengumpat itu ahli keluarga yang terdekat? Mahu kah kita biarkan orang yang kita sayang terpesorok ke dalam neraka? Banggakah kita bila tahu yang kita di umpat oleh orang yang disayang?
Kalau tak tahu, itu di luar pengetahuan Kita. Bagaimana pula jika kita dah tahu? Adakah kita biarkan sahaja tanpa betulkan sebab kita tak peduli dosa pahala yang di pikul orang yang mengumpat? Tak mahu kah kita betulkan kesilapan dia, semoga dosa dia kepada kita Allah hapuskan. Mana tau, dia mungkin tak sedar kesilapan Yang dibuat pada kita.

Otak saya terus menerewang memikirkan kata-kata sahabat ,dan secara tak sengaja, hari ini saya jumpa satu cerita menarik dalam buku Formula Tarik Rezeki ini

Cerita berkisah tentang Ahlullah yang telah dirompak. Perompak bukan sahaja merompak rumah Ahlullah, malah telah menikam Ahlullah di dada.

Apabila jiran tetangga sayang membantu Ahlullah, mereka terdengar Ahlullah memohon pada Allah  kesejahteraan buat perompak itu. Beliau memohon semoga perompak itu di ampunkan dosa-dosanya Dan dimasukkan ke syurga.

Jiran yang kehairanan bertanya, mengapa di doakan yang baik-baik buat si perompak sedangkan dia telah merompak dan menikammu?

Maka jawab Ahlullah, bagaimana mungkin aku dapat ke syurga jika aku doakan orang lain masuk neraka?

Dan cerita ini bagai menjawap persoalan saya, Dan saya mula yakin pada kata-kata mak saya semasa saya kecil, biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Dan saya anggap, pada umur sebegini, saya perlu tambah kata-kata mak, jangan lupa doakan yang baik-baik pada orang lain walaupun dia buat tak baik pada kita.

No comments:

Post a Comment