TENTANG FTR

Friday, March 23, 2018

Selamat jalan Adam Haiqal

Saya merewang-rewang di blog lama. Lama saya tak menulis di sana, terlampau banyak kesedihan yang saya putarkan menjadi satu bahan cerita yang ceria.

Itu kelebihan saya, saya boleh menulis secara berlawanan, mungkin saya tengah bersedih saat itu, tapi saya boleh menulis sesuatu yang menceriakan, dan mungkin  hari saya berjalan seperti biasa, tapi saya menulis tentang kesedihan.

Tapi hari ini saya tak mampu menipu diri lagi. Saya dalam kesedihan, dan saya pohon sesiapa yang membaca posting ini, saya pohon, sedekahlah Al-fatihah untuk saya, doakan saya kuat menghadapi dugaan Allah.

Saya yakin, Allah menguji bukan kerna tak sayang,Dia menguji kerana cinta pada hambaNya, hamba yang banyak khilafnya, hamba yang 38 tahun hidupnya, kadang sedar, kadang tak sedar melakukan dosa.

Kita sama kan? seharian, mesti tersungkur dimana-mana. paling mudah, beritip lah Istigfar dibibir. Moga Allah ampunkan dosa kita setiap masa, setiap saat.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, moga tak dihisab dosa kita di muka bumi ini berkat zikir tak henti.

Insyallah, hati saya akan kembali pulih, Moga doa saya sampai kepangkuan yang punya nyawa.

Sambil itu, saya ada ubat yang sangat mujarab, Al-quran yang saya baca hingga Allah kurniakan ketenangan dan FTR yang saya selak mencari kisah sebagai pengubat kesedihan

Siapa kata FTR hanya mengajar menambah wang? FTR adalah buku tentang kehidupan, bersifat peringatan.

Kita perlukan loceng untuk sedarkan kita dari lenakan?

Begitulah FTR, loceng sebelum kita tersungkur menyembah dunia


Berminat dengan buku hebat Formula Tarik Rezeki ini, anda boleh buat pesanan di sini,
atau wasap saya di nombor 017-8092831

Assalammualaikum

zai@tabtibau


Aku cuba menaip tanpa setitik air mata keluar..ok, fighting!!

Aku bermimpi
Berada diluar masjid,mengadap sesuatu dihadapan
Pagi yg hening,indah

Ada ank kecil berdiri di muka pintu
Memandang ke arahku

Mukanya hairan
Melihat aku yg merenung jauh

Anak itu bertanya
Apa yg dimenungkan

aku kesedihan
Merindu org yg jauh kataku

Anak itu mendekat
Tanpa pamitan, dipeluk tubuhku
Hangat

Selamat jalan Adam haiqal
Tunggu ibu & abah disana
Ibu & abah sayangkan mu duhai anak
Nanti kita jumpa kat sana okey:)


Result-gagal...empang pecah..haha

Tuesday, March 20, 2018

Testimoni

Best kan, bila baca pengalaman orang yang berjaya. Dapat itu ini, dapat projek 700k.

Kita pun nak jadi gitu. Tapi di sebalik kejayaan tu, kita tau tak pengorbanan yang dia buat?

Macam mana usaha dia, tak kira usaha fizikal, mental mahupun spiritual..

Kisah semalam tu, dia share antara usaha spiritual yang dia buat tu, amalan yang dikongsikan dalam buku FTR.

Sanggup tak kita nak contohi usaha dia?
Modal untuk dapatkan FTR 200 lebih ajer.

Jika sanggup, alhamdulillah anda di jalan yang terbaik untuk berjaya. Nak capai sesuatu, tunjukkan kesungguhan, pasti Allah bantu.

Kalau takda duit pun lagi, set target dulu, doa minta sungguh-sungguh dengan Allah.

Jangan terus give up.. "ala saya takda duit nak beli buku"

Allah tak bantu orang yang berputus asa.

Jangan sesekali putus asa dengan Allah.

Boleh ke boleh?

.
P/s: Pesanan buat diri sendiri jua.

Kredit Syakirah Kapli
http://nak.la/IlmuTarikRezeki
#TipsRezekiMudah279

Monday, March 19, 2018

AKPK

Saya masih tak jumpa cara untuk mangatur hidup sebagai suri rumah tangga + peniaga online. 4 tahun hidup bujang, cuma seminggu dalam sebulan menjadi isteri, rasa segalanya bagai serba tak kena. Terpesorok dalam rumah sepanjang hari buat saya hanya nampak tv dan bantal, hobi saya dari dulu yang sekarang tak mampu diulang.

Terkial-kial mengejar masa, kekadang terpikir, bagaimana bila dah ada anak nanti? tapi bila saya teringat tentang pergantungan sepenuhnya pada Allah, hati rasa tenang kembali, yakin satu hari semuanya akan teratur sempurna.

Ingat cerita saya tentang suami yang hampir disenarai ke dalam CCRIS? masalah itu sudah kami jumpa penyelesaiannya. Alhamdulillah, Allah lorongkan kami mencari penyelesaian melalui AKPK.

Awalnya, kami tak tahu apa fungsinya AKPK ni, pernah dengar disebut-sebut, cuma tak pernah diambil kisah. Rupanya banyak manfaatnya AKPK ni.

Kami ke CIMB untuk restructure bayaran bulanan kad kredit kami (bacalah cerita saya sebelum ini) Bila kami berjumpa pegawai CIMB, mereka nyatakan yang kes kami bukan bawah mereka lagi, tapi sudah di transfer ke badan pengutipan wang yang mewakili mereka, seterusnya jika gagal membuat pembayaran, surat mahkamah akan menyusul.

Terkelu kami suami isteri bila mendengar jawapan pegawai tersebut. Mati akal kembali, tapi sekali lagi pertolongan Allah datang tepat pada masanya. Pegawai wanita itu berikan kami satu kertas, beserta nombor. Beliau nasihatkan kami ke AKPK, berjumpa pegawai di sana.

Lega hati, berdua kami ke bandar JB, mencari bangunan BNM menggunakan google maps. Ke kaunter, daftar diri pada portal BNM (rasanya, ) keluarlah segala pinjaman, hutang piutang kami selama ini termasuklah yang hampir-hampir tak dapat diselamatkan lagi.

Ke kaunter semula, staff wanita berikan kami borang, beserta pesanan supaya menyediakan segala dokumen yang diperlukan sebelum datang kembali untuk khidmat nasihat.

Dan Khamis lepas, selepas segala borang lengkap, kami mengadap pegawai AKPK, Encik Faizul. Kami ceritakan segala masalah kami, bagaimana kami terjebak dalam masalah kewangan ini, dan akhirnya encik Faizul menyelesaikan kekusutan kami dengan satu kaedah yang begitu melegakan.

Encik Faizul mengasingkan segala pinjaman kami mengikut aset, kad kredit, dan pinjaman lain. di pilih mana yang boleh dibantu, berbincang dengan kami berapa kemampuan kami setiap bulan dan akhirnya, kami cuma perlu bayar separuh dari jumlah sebenar selama 2 tahun, dan jumlah akan menaik sedikit selepas 2 tahun sehinggalah segala pinjaman terbayar.

Banyak nasihat dan tip-tip yang diturunkan encik Faizul. Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya (kata encik Faizul, dia jarang berada di ofis, selalu buat road tour untuk memberi pendidikan tentang AKPK)

Dan pesan encik Faizul, kalau ada saudara-mara, kawan-kawan atau sesiapa yang dikenal yang punya masalah kewangan, cepat-cepatlah ke AKPK. Menurut beliau, kaum cina paling ramai ke AKPK sepanjang kerjaya beliau, orang melayu adalah yang paling jarang, mungkin seperti saya, tak pernah tahu, atau lebih kepada tak kisah.

Saya berkongsi apa yang saya telah alami, Dan jika ada yang terbaca coretan saya dan alami masalah sama seperti saya, nasihat saya, cepatla ke AKPK sebelum terlambat

Paling penting, yakin lah pada Allah, aturan Nya paling sempurna. Minta lah padanya, sungguh-sungguh. Lambat atau cepat pasti terjawap

Ada satu kisah di zaman nabi yang saya cedok sedikit dari buku hebat FORMULA TARIK REZEKI, kisah seorang anak yang setiap kali balik dari sekolah, akan solat sunat 2 rakaat sebelum mengadap rezeki masakan ibunya. Setiap hari, tanpa gagal. Satu hari, ibunya mendapat berita kematian saudaranya, bergegas keluar rumah hingga lupa memasak untuk anak yang akan pulang dari sekolah nanti. Si anak, sampai sahaja di rumah, solat 2 rakaat, kemudiannya sedia mengadap rezeki di bawah tudung saji. Malang nasibnya hari itu, tiada apa yang boleh dimakan. berbisik anak di dalam hati, mungkin ibadahnya kurang kusyuk hari ini hingga Allah tak mengurniakan makanan untuknya hari itu. Maka solat la si anak sekali lagi,

Berkali-kali anak ini solat, kemudian ke dapur menunggu hidangan kerana percaya dengan kata si ibu, solatlah supaya Allah kurniakan rezeki dan pada kali ketiga solatnya, dia ke dapur kembali dan di atas meja terhidang makanan paling sedap, paling enak yang pernah si anak kecil itu rasa.

Apa pengajaran dari kisah tadi? doa kita bukan tidak termakbul, mungkin ada silap pada ibadah kita, atau perbuatan harian kita. Boleh jadi juga Allah menunggu saat yang tepat untuk dikurniakan permintaan kita.

Yang pasti, kita sebagai hamba kena yakin Allah sahaja tempat bergantungnya kita, tiada makhluk lain yang mampu membantu kita, pada saat kesulitan ataupun kesedihan.

Berminat dengan buku hebat Formula Tarik Rezeki ini, anda boleh buat pesanan di sini,
atau wasap saya di nombor 017-8092831

Assalammualaikum

zai@tabtibau

Wednesday, March 7, 2018

Memerhati dunia

Bersembang dengan seorang sahabat baik minggu lepas. Ada sedikit pertelingkahan antara sahabat-sahabat saya, dan saya sebagai orang tengah cuba untuk membaiki hubungan mereka kembali. Sekurang-kurangnya saya tidak di soal di akhirat nanti.

Di pertengahan cerita, Kami berbalah pendapat sedikit. Saya berpendapat, lebih baik untuk orang menyuarakan ketidakpuasan hati secara depan-depan.maksudnya, adalah lebih baik jika  dikutuk , dihina, di fitnah secara depan-depan dari di umpat di belakang. Jika secara berdepan, dapat kita pertahankan diri, jika di umpat di belakang kita, macam mana kita nak betulkan semua yang dikata perkatakan? 

Lain halnya dengan sahabat saya ini. Dia merasakan lebih baik diumpat di belakang, sekurang-kurangnya, dah termaktub pahala untuk orang yang di umpat. Pedulikan apa yang di cakap, yang pasti malaikat dah mencatit pahala di sebelah kanan.

Dan otak saya mula memikirkan ayat sahabat saya tadi. Pahala hasil umpatan. Bagaimana kalau yang mengumpat itu ahli keluarga yang terdekat? Mahu kah kita biarkan orang yang kita sayang terpesorok ke dalam neraka? Banggakah kita bila tahu yang kita di umpat oleh orang yang disayang?
Kalau tak tahu, itu di luar pengetahuan Kita. Bagaimana pula jika kita dah tahu? Adakah kita biarkan sahaja tanpa betulkan sebab kita tak peduli dosa pahala yang di pikul orang yang mengumpat? Tak mahu kah kita betulkan kesilapan dia, semoga dosa dia kepada kita Allah hapuskan. Mana tau, dia mungkin tak sedar kesilapan Yang dibuat pada kita.

Otak saya terus menerewang memikirkan kata-kata sahabat ,dan secara tak sengaja, hari ini saya jumpa satu cerita menarik dalam buku Formula Tarik Rezeki ini

Cerita berkisah tentang Ahlullah yang telah dirompak. Perompak bukan sahaja merompak rumah Ahlullah, malah telah menikam Ahlullah di dada.

Apabila jiran tetangga sayang membantu Ahlullah, mereka terdengar Ahlullah memohon pada Allah  kesejahteraan buat perompak itu. Beliau memohon semoga perompak itu di ampunkan dosa-dosanya Dan dimasukkan ke syurga.

Jiran yang kehairanan bertanya, mengapa di doakan yang baik-baik buat si perompak sedangkan dia telah merompak dan menikammu?

Maka jawab Ahlullah, bagaimana mungkin aku dapat ke syurga jika aku doakan orang lain masuk neraka?

Dan cerita ini bagai menjawap persoalan saya, Dan saya mula yakin pada kata-kata mak saya semasa saya kecil, biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Dan saya anggap, pada umur sebegini, saya perlu tambah kata-kata mak, jangan lupa doakan yang baik-baik pada orang lain walaupun dia buat tak baik pada kita.

Thursday, March 1, 2018

Nyawa kita

Hari isnin
Ambik tiket bas pukul 12, here we go..
Balik jumpa suami yang terkontang-kanting sorang-sorang.
Kekadang tertanya jugak, dulu masa duk jauh, tak begini pon teruknya, boleh je survived sensorang kat Johor tu.
Dah duduk bersama ni, kene tinggal seminggu pon dah macam sebulan.
Tetiba terdetik, mungkin sebab masalah yang menimpa, dia jadi begitu.

Ada kisah dalam perjalanan pulang.
Saya ni, naik je ape-ape kenderaan yang tidak disertai sang suami, saya pasti tidur
Tapi kene make sure suami saya tak ada, kalau ada dia, peluang sangat nipis. Banyak sangat halangan kalau saya berniat nak menutup mata.
Itulah yang berlaku dalam perjalanan pulang saya. Letak barang, naik bas, tunggu bas jalan, Dan saya pun mula merayap ke alam mimpi.
Hingga saya tersedar ada orang menangis di belakang tempat duduk saya. Nak menjenguk, takut bercampur malu, takut di kata busy body. Sesekali terdengar sembangnya di telefon bimbit, ade beberapa ayat Yang dapat saya tangkap, " ok, insyallah", "sesak nafas", " masuk hospital".
Saya sambung tidur yang terbantut, tak mahu berkisah tentang hidup orang.
Hingga bas meluncur di highway Ayer Itam, adegan makin hebat. Setiap kali suara Ed Shreen berkumandang (deringan hand phone) saya akan dengar dialog yang sama, diucap sambil ter esak-esak,
" Dah nak sampai dah, kat Ayer Itam ni" , " dah nak sampai Larkin ni", " tunggu, jangan tutup dulu, orang nak tengok"
Ayat akhir itu betul- betul menyentak hati, berkali-kali di sebut. Allah, dugaan apa yang sedang di tempuh anak gadis ini.
Saya tak punya kekuatan nak menegur. Saya bukan seorang yang ramah, bukan seorang yang pandai memujuk, jadi saya biarkan dia begitu sambil berdoa Allah mudahkan jalan dia.
Sampai di Larkin, adik itu orang pertama yang turun. Saat saya mencecah kaki ke tanah, kelibatnya sudah tak kelihatan. Moga Allah kuat kan semangat nya, dan permudahkan urusannya, itu doa saya pada adik tadi.
Turun dari bas, saya mencari bas ke Masai pulak. Alhamdulillah perjalanan pulang saya ke sisi suami di mudahkan. Depan mata, bas sedia nak berjalan, bayar tambang, mata tertumpu pada satu-satunya tempat kosong yang tinggal,Alhamdulillah, tak perlu berdiri sambil mengangkut beg  sandang yang besar dan pelbagai beg di tangan.
Perjalanan pulang ke Masai buat saya berfikir, bagaimana agaknya jika saya diuji sebegitu. Mampu kah saya bersabar seperti adik itu,
Kita buka mata setiap hari, kekadang Kita lupa bersyukur pada Allah untuk benda- benda biasa yang setiap hari ada, contohnya nyawa kita, orang yang kita sayang, pada kesihatan yang Allah masih kurniakan. Kita bangun pagi, Belum sempat bersyukur, dah pikir apa nak buat hari ini, nak masak apa hari ini, apa rancangan TV Yang best hari ini.
Bayangkan bangun pagi Kita, Di khabarkan orang yang kita sayang pergi tinggalkan kita, kesihatan kita tiba-tiba diuji, Dan pelbagai lagi. Mampu kah Kita untuk mengadap?
Hidup ni misteri sangat, tiada siapa yang tau esok bagaimana. yang tahu, cuma Dia. yang pasti dunia ini cuma tempat persinggahan, entah esok, entah lusa, berangkat lah kita
 Maka saya kira, saya kene tukar niat saya. mungkin saya dan suami tak kaya-kaya sebab  saya ni asyik pikir macam mana nak kaya. bukan nya berfikir macam mana nak sediakan diri supaya tak miskin di akhirat nanti. saya tak takut mati tanpa meninggalkan harta bende, saya takut saya mati tanpa bekalan ke sana.
buat sesuatu kerana allah,  kerana ingin mencari jalan ke syurga.

Formula 17 : Fokus urusan akhirat

"Apabila akhirat ada dalam hati, maka datanglah dunia menemaninya. Tetapi apabila dunia ada di hati, maka akhirat tidaklah akan menemaninya. itu kerana akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina"
                                                                                                                  -Abu Sulaiman Ad Daroni


moga Allah campak hidayahnya pada saya suami isteri dan kita semua. Saya tak mahu menyesal bila ajal dah makin menghampiri. Moga Allah pelihara kita dari panasnya api neraka, Amin, Ya Allah Ya Mujid

"Sayang.. abang lapar"
itulah suami saya, nampak isteri je lapar😆

Jika berminat dengan buku Formula Tarik Rezeki, anda boleh terus kesini
Atau wassap saya - 017-8092831

Assalammualaikum, jumpa lagi

Zai@tabtibau