Moga hari kita dilimpahi keberkatan dari Allah SWT
Sebelum kami mulakan hari, hantar anak ini dulu ke sekolah.
Muka ada mendung, tak dapat ikut kami berjogging
Ke sekolah sayang, ilmu tu wajib di tuntut, supaya satu hari nanti kita mewariskan ilmu yang berguna pada insan-insan seterusnya
Anak ini baru menyambut hari lahirnya 14 Feb lepas,
Bila ditanya apa yang Aina nak sempena birthday,
" Aina nak makngah duduk ngan Aina kat Muadzam seminggu"
Entah kerana faham makngah dah tak berkerja atau dia merindui masa-masa bersama makngah tanpa dikongsi dengan adik-adik yang lain terutama tak perlu berkongsi makngah dengan Uncle gg😅😅.
Itulah keinginan anak yang meningkat usia ini pada Makngah, dan Makngah dengan relahati menyempurnakan keinginannya, sementelah dah berjanji dengan uminya untuk menuntut ilmu. Dua dalam satu, Makngah dapat ilmu dari Umi, Aina dapat pinjam Makngah seminggu, win-win situation kata orang.
Jujur saja, kita juga punya pelbagai keinginan bukan? setiap hari, otak berputar-putar duk memikir " kan bagus aku ada kereta macam tu, kan bagus kalau aku ade duit yang banyak". Berangan, bende percuma yang tak ada sape yang boleh melarang tapi hakikatnya sakit kerana tersekat di alam nyata.
Hakikatnya, kita tertanya-tanya kenapa hidup kita susah, tak merasa senang macam orang lain. Kenapa masalah bertimpa-timpa, entah dari mana puncanya, bermasalah dengan keluarga, dengan rakan sekerja, dengan orang sekeliling.
Bayangkan, (berangan lagi😄) hidup kita tenang, ibadah pon terjaga, duit lebih dari cukup, bebas hutang, kesihatan diri dalam keadaan yang baik dan hubungan keluarga aman, indah sungguh kan?
Fikiran pon semakin matang, semakin bijak setiap hari. semakin bersemangat dan berani untuk merubah hidup menjadi lebih baik. Kita abaikan apa sahaja orang kata, langkah semakin laju ke depan, hebat kan?
Akui sahaja, memang teringinkan?
Maka, raikan kemahuan itu kini. Ingin peroleh kebaikan pada masa akan datang itu fitrah. Naluri kita tetap memilih kehidupan yang bagus dari sudut emosi, duit, hubungan,kerjaya dan rezeki.
Mahu kaya dan berjaya, fikiran dan hati perlu diperbetulkan dahulu supaya setiap matlamat yang hendak dicapai seiring dengan perlaksanaan
HEART is HOME- Nora Yusof
Manusia yang mati hatinya adalah insan yang tidak lagi sedih jika terlepas peluang membuat amalan yang mendekatkan dirinya kepada Yang Maha Pencipta
Manusia yang mati hatinya adalah insan yang tak gembira melihat kegembiraan orang lain, jelek hatinya, tidak merasa keikhlasan dari kebaikan yang dibuat orang lain
Manusia yang mati hatinya merupakan mereka yang tidak merasa kesal jika melakukan dosa dan maksiat, yang menjauhkan dia dari rahmat Allah
Hati itu penghubung manusia dengan penciptanya
jika terputus hubungan itu, layak kah kita merasa nikmat Allah?
Lapangkan jiwa, buka minda, buang ego segara. Maka tambahlah ilmu di dada - pesan jutawan
Jika berminat dengan buku hebat 111 Formula Tarik Rezeki, anda boleh dapatkan disini
atau wassap saya di 017-8092831Assalammualaikum
zai@tabtibau

No comments:
Post a Comment