Izinkan saya perkenalkan diri ☺
Saya Zaifariza, baru dua bulan menjadi penganggur terhormat
sebelum ni saya bekerja dan PJJ dengan suami
suami bekerja di Johor dan saya di Shah Alam
sama-sama mencari rezeki nak meneruskan kelansungan hidup kat Malaysia yang tak layak untuk org level sederhana macam kami ni
3 tahun kami berjauhan, jumpa sebulan sekali, untungnya tempat kerja saya yang begitu memahami, saya dibenarkan cuti selama seminggu direct dalam sebulan, awal tahun, bolehlah la bergumbira dengan AL (annual leave), tak sampai tengah tahun, habis dah semua nya, so dalam seminggu saya akan bekerja pada hari cuti saya, supaya cuti-cuti tu dapat saya kumpul untuk saya gunakan pada bulan hadapn, berjumpa suami dan jalankan tanggungjawap sebagai isteri, untungnya lagi, dalam seminggu saya ada 2 hari cuti, sehari saya simpan, dan sehari saya gunakan untuk berehat dirumah
Hinggalah hubungan kami diuji, pelbagai, hingga saya ambik keputusan untuk berhenti kerja dan berpindah ke Johor, jadi mem besar yang selagi tak tutup mata, kerja kerja kerja (dan untuk itu saya mengkagumi kehebatan seorang suri rumah yang mengasuh anak sambil menjaga kebajikan rumah)
Mengambil keputusan berhenti kerja bukan sesuatu yang mudah. Dengan segala bil yang menunggu setiap bulan untuk dilunaskan, keperluan rumah yang perlu ditambah, di sertakan dengan perbelanjaan melawat mak ayah dan mertua (mak ayah saya di Seremban, mertua di Rawang), menuntut komitmen kewangan yang banyak. Bukan mengeluh, tapi untuk orang yang dah biasa di hujung bulan, akaun terisi, saya sangat terkesan dengan kekurangan yang saya hadapi sekarang.
Hingga kakak saya perkenalkan saya dengan buku ini..Sebetulnya, saya suka membaca. Saya ada bertimbun buku di rumah, ada yang masih tak bukak plastiknya. Teman serumah saya pernah cakap, "kak zai beli buku rajin, bacanya entah bila", jadi satu tebiat untuk membaca buku yang saya suka berkali-kali dan membeli buku yang saya nak sebab takut buku tu habis sebelum sempat saya beli☺
Malangnya, buku kesukaan saya adalah buku-buku fiksyen, jauh sekali untuk membaca buku motivasi ni, berkerut muka bila dihulurkan buku ini, dalam hati dah tersemat " tak terbaca aku buku ni"
Mungkin kerana sudah terdesak, atau disebabkan faktor usia, bila dihulur buku ini, saya terus menyambut, menyelak sehelai demi sehelai, perkara yang jarang dibuat sebelum ni.
Dan hari ni, sudah tiga hari saya belek buku ini, dan saya janji untuk mengikut sehabis baik ilmu yang diturunkan supaya saya juga berjaya seperti insan-insan yang berjaya hasil didikan guru Nora Yusof
Sedikit demi sedikit, saya akan kongsikan tip-tip & ilmu dari buku ini, moga ada manfaat untuk kita semua. Jika berminat, anda boleh mendapatkannya disini atau wassap saya di 017-8092831
Sampai sini saja, jumpa lain masa❤
assalamualaikum,
zai@tabtibau

No comments:
Post a Comment