TENTANG FTR

Thursday, February 22, 2018

CERITA HARI INI

Nak dengar cerita saya?

Fresh lagi, baru keluar oven, Allah turunkan dugaan untuk suami dan saya yang buat kami terkelu, nak menangis, nak marah, nak menjerit, semua ada.

Tapi Allah sayangkan kami rupanya, Alhamdulillah, doa kami termakbul, ditunjuk jalan penyelesaian.

Ogos 2016, tahun ni, bulan ni, satu kesedihan besar pada saya, tapi sebalik kesedihan itu, satu impak besar berlaku dalam kehidupan saya yang sedikit-sedikit merubah saya yang dahulu.

Ogos, bulan yang sepatutnya kelahiran anak kami, tapi pada 10/5/2016, Allah tarik dia dari kami pada usia kandungan saya  6 bulan, dan Allah tangguh kelahirannya hingga jasadnya hanya keluar pada kandungan genap 7 bulan (8/6/2016).

Tak perlu saya butirkan keadaan saya masa tu. Cukup saya katakan, akal saya pasang surut, cuma Alhamdulillah, saya tak kena sindrom meroyan pada masa tu.

Pada masa itu juga, suami saya di datangi sahabat yang ajak melabur untuk satu bisnes, mungkin dia melihat situasi saya yang tak seberapa, tanpa berfikir panjang, dia terus buat loan dan serahkan kawannya untuk melaburkan duit itu dengan janji, hasil dari keuntungan itu, akan digunakan untuk bayar pinjaman sebelum kedua-duanya membahagikan untung bersih hasil dari pelaburan itu. Loan dibuat atas nama suami atas sebab-sebab tertentu.

Malangnya, bayang keuntungan tak ada, tapi kami lega, atas rasa tanggungjawap atas kegagalan pelaburan tu,  rakan suami membayar secara bulanan pinjaman tersebut.

Tahun pertama, aliran bayaran cantik setiap bulan, suami pon dah mula lepas tangan, tak memandang lagi.

Dan hari ini, pada pukul 1.15 petang, saya sedang menunggu zuhur, di atas sejadah, suami beritakan sesuatu yang betul-betul menyentak saya

Suami dihubungi peguam, wakil dari pihak bank, menyatakan tunggakan pembayaran yang memasuki bulan ke 6. Jika tiada bayaran yang dibuat sebelum pukul tiga, surat mahkamah dikeluarkan. Selebihnya saya tak tau, tak mahu menyerabut suami dengan soalan yang macam-macam.

Pening, hutang yang ada pon dah banyak, kenapa si suami terlalu percayakan orang. mahu menangis, kudrat terasa hilang, pada siapa mahu dipinjamkan wang sebanyak itu (maaflah, jumlahnya tak mahu saya kongsikan) Mana perginya si rakan yang berjanji melunaskan pinjaman itu? kenapa singkat sangat masa yang diberi?. Semuanya berlegar-legar di kepala, Hendak di hembur pada suami, tak sampai hati. Orang dalam kerunsingan, tak mahu saya tambahkan.

Ambil telefon. tak tau apa yang perlu dibuat. hati terdetik, buka telegram, scroll group Tip Rezeki Murah.Berhenti pada artikel ini

Masa makin pendek, suami berkali-kali call, mengadu, memohon maaf, menyata kesal. Suami mencari rakan yang berkenaan, pergi kerumahnya, kosong, call berkali-kali, lansung tak dapat dihubungi.

sy hantarkan keratan diatas pada suami, Saya katakan kita sama-sama ambiL wudu, solat Zuhur dan seterusnya solat hajat dan baca Al quran, selepas itu berdoalah, saat ini, ikrarlah pergantungan kita hanya pada allah.

Suami akur, Tepat pukul 2, dia call saya kembali, rakan menghubunginya kembali, dah 6 bulan terlantar akibat stoke, dalam proses penyembuhan. Terlalu memikirkan sakit, sampai lupa janji pada suami. Berpesan pada suami, lepas ni, tolong ingatkan dia tentang bayaran bulanan tu.

Allah, lega rasa hati, tapi tak habis di situ, rakannya terlantar di rumah (yang dikunjungi suami tadi) tak mampu bergerak. Anaknya keluar mengurus hal kerja. adus, bagaimana kami nak bayar sebelum pukul 3 ni? tepuk dahi kembali.

Pujuk suami supaya call peguam kembali (ego lelaki, entah ape yang di gaduhkan sampai tak mahu lagi bercakap dengan peguam) terangkan apa yang berlaku dan minta dikurangkan bayaran tu.

Sambil menunggu, sambung semula bacaan Al quran yang terhenti, 10 minit kemudian, suami hubungi kembali

Alhamdulillah, bayar semampu dan nanti perlu ke bank untuk re structure balik pembayaran bulanan.

Allah, terhembur rasa syukur yang amat sangat. Jujur saya kata, kami tak punya apa-apa yang mampu kami leburkan untuk bayar pinjaman sebanyak itu. kami juga malu untuk meminta tolong dari sesiapa, hatta dari keluarga sekalipun. yang kami ada cuma Allah, mengingatkan saya pada formula ke 18 dari buku Formula Tarik Rezeki  

" Kita lupa segalanya dari Allah, kita lupa minta dengan Allah. Kita lupa Dia maha kuat, maha menunaikan segala sesuatu bila tiba masanya"- Petikan buku 111 Formula Tarik Rezeki

Bila dah terhantuk begini, dengan sapa kita mampu mengadu?

Mungkin cerita ini biasa bagi anda, mungkin anda rasa, saya terlalu mengagungkan buku ini. Mungkin anda rasa, saya cuma membesarkan sesuatu yang tah apa-apa.

Beginilah

saya ini imannya sangat nipis. saya baru mengenal allah, kehilangan anak kami membuatkan persepsi beragama saya berputar 360 darjah. senang cakap, saya baru rapat dengan sejadah. baru rapat, kusyuknya masih on off.

saya masih belum habis mentelaah buku ini, bagi saya buku ini sebagai jambatan, ilmunya sebagai peringatan, bukan kaya yang hendak di capai, cuma rezeki halal yang tak putus supaya rezeki ini membuat saya dan keluarga terus istiqamah mencari jalan ke akhirat.

Harap cerita ini ada pengajaran kepada yang membaca. ingat, jangan sesekali percaya 100%  pada sesapa sahaja, jangan bergantung pada manusia, yakin pada perngantungan pada Allah (ini yang saya sedang tanam sepenuhnya dalam hati saya dan suami) dan jangan buat keputusan tanpa berbincang dengan pasangan.

p/s- cerita ini berlaku semalam, tapi baru hari ini siap. lama sangat tak mengarut, idea tak bercambah😁
Semoga Jumaat ini penuh keberkatan untuk kita semua

Assalmualaikum

zai@tabtibau




No comments:

Post a Comment