TENTANG FTR

Tuesday, February 27, 2018

Pesan alam

*P E S A N   A L A M*

Kalau ingin menangkap ayam, *jangan dikejar* nanti kita akan penat dan ayam pun makin menjauh. Berikanlah ia beras dan makanan, nanti dengan mudah ia datang dengan rela.

Begitulah Rezeki,

Keluarkanlah sedekah, nanti *Rezeki akan datang menghampiri tepat waktu.*

Kalau ingin *memelihara* kupu-kupu,
Jangan tangkap *kupu-kupunya,*
pasti ia akan terbang.

Tetapi *tanamlah* bunga​. 
Maka *kupu-kupu*
akan datang sendiri
dan *membentangkan* sayap-sayapnya yang *indah.*

Bahkan *bukan hanya* kupu-kupu yang datang,
*tetapi kawanan* yang lain juga datang :
*lebah,*
*pepatung.*
*dan lainnya*,
*juga akan datang*
*menambah* warna warni keindahan.​

Sama halnya dalam *kehidupan* di dunia ini.
​Ketika kita menginginkan​
*Kebahagiaan* dan *Keberuntungan,*

Tanamkan *kebaikan* demi *kebaikan,* *kejujuran* demi *kejujuran,*

*Maka kebahagiaan dan keberuntungan akan datang kerana dianugerahkan oleh Allah.*

Oleh kerana itu,
selagi kita masih *diberi* hidup,​
mari kita membangun *taman-taman bunga kita,* 
bunga kebajikan dan bunga kejujuran.


Dipetik Dari steemkr.com - rizkihs

Sunday, February 25, 2018

I'M Coming Home

Sebelum pergi
" Za balik hari Jumaat ye"
Dah sampai
" Za balik hari Ahad ye, Aina ada kelas hari sabtu, Along pegi KL"
Tukar lagi.
" Sayang, Za balik hari Isnin ye, alang-alang Along dah gi kelas, nak gak tau ilmu dia dapat"
Dan suami hanya mampu kata.
"Ok sayang."

Dan sekarang, anak dara ni dah keluarkan permintaan baru,
" Makngah balik minggu depan je lah"

Allah.. terjerat makngah ngan insan berdua ni. Dua-dua makngah sayang, tapi dua-dua ni tak boleh rapat. ada je yang tak kene.

Pernah saya usap kepala suami depan anak ini, nyaring keluar suaranya,
"Makngah tak pernah buat Aina macam tu!"

Si suami pula, kekadang keluar juga cemburunya
" Awak kalau dah jumpa anak-anak awak, mana kisah saya"

Garu kepala dengan perangai berdua ni.

Ini saja gambar diorang berdua 

Ok, nak cerita sikit tentang formula pertama yang disebut dalam buku FTR, Formula 0: sifar hutang

Menurut buku hebat ni, hutang adalah penyebab kepada rezeki tersekat. Malah kita selalu diingatkan, jika gagal membayar hutang, roh kita tersekat di antara langit dan bumi, terawang-awang tanpa hala tuju (terbawa-bawa dengan dialog filem "Berlari Ke Langit".

Inilah di antara perkara yang mengganggu fikiran saya selama ini, setiap hari berfikir, bagaimana nak saya langsaikan hutang piutang ini, sampai bila kami terpaksa menanggung ini, hingga seringkali suami terpaksa menenangkan saya.

Bila saya ambik keputusan untuk berhenti, hal ini betul-betul buat saya tertekan, nak cari kerja, banyak hal yang menghalang, serba salah jadinya. seringkali merasakan tindakan saya berhenti kerja adalah satu tindakan yang salah. Saya hanya akan menambah beban suami, menambah berat badan sendiri dengan memalaskan diri di rumah.

Bila kakak saya pinjamkan buku FTR ini ( buku saya masih dalam perjalanan😍) , saya bagai terbuka minda, ternampak jalan yang terbentang. Terkesan saya dengan kisah hidup Puan Nora, bagaimana dia pernah dibelenggu hutang, tak banyak, tapi cukup mengganggu hidup seharian.

Sedikit sebanyak, saya termakan dengan kata-katanya:
" Hutang boleh jadi sebab kepada rezeki tersekat sampai kepada kita kerana ada hak orang lain dalam duit kita yang masih belum kita langsaikan"

Dalam buku ini dikongsi cara melangsaikan hutang dalam keadaan kita tak punya wang yang cukup untuk melunaskan semua hutang kita. Cara untuk kita yang mengaku hambaNya yakin yang Allah maha pemurah dan tiada suatu pun yang mustahil dengan kekuasaan Allah.

saya sudah menjalankan sebahagian dari proses itu, dan masih menjalankan sebahagian lagi. pada masa yang sama, saya yakin atas pertolongan Allah pada hambaNya yang meminta.

"Mintalah kamu kepada Allah walaupun garam. jangan kamu tanya, jangan kamu minta dari anak-anak Adam. minta kepada zat yang pintunya tidak pernah tutup iaitu Allah, kerna Allah suka akan orang yang suka meminta dari Allah SWT" - Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

Jika berminat dengan buku penuh ilmu ini, anda boleh ke sini. 
Atau boleh sahaja wassap ke nombor 017-8092831.

Ingat, saya bukan berkongsi cara membuat wang dengan anda, apatah lagi mengajak anda untuk menyertai perniagaan. Saya cuma berkongsi ilmu dari sebuah buku yang tidak lari dari lunas-lunas islam, malah membuatkan kita lebih sedar tentang kebesaran Allah

Hingga jumpa lagi, Assa
lamualaikum

zai@tabtibau



Thursday, February 22, 2018

CERITA HARI INI

Nak dengar cerita saya?

Fresh lagi, baru keluar oven, Allah turunkan dugaan untuk suami dan saya yang buat kami terkelu, nak menangis, nak marah, nak menjerit, semua ada.

Tapi Allah sayangkan kami rupanya, Alhamdulillah, doa kami termakbul, ditunjuk jalan penyelesaian.

Ogos 2016, tahun ni, bulan ni, satu kesedihan besar pada saya, tapi sebalik kesedihan itu, satu impak besar berlaku dalam kehidupan saya yang sedikit-sedikit merubah saya yang dahulu.

Ogos, bulan yang sepatutnya kelahiran anak kami, tapi pada 10/5/2016, Allah tarik dia dari kami pada usia kandungan saya  6 bulan, dan Allah tangguh kelahirannya hingga jasadnya hanya keluar pada kandungan genap 7 bulan (8/6/2016).

Tak perlu saya butirkan keadaan saya masa tu. Cukup saya katakan, akal saya pasang surut, cuma Alhamdulillah, saya tak kena sindrom meroyan pada masa tu.

Pada masa itu juga, suami saya di datangi sahabat yang ajak melabur untuk satu bisnes, mungkin dia melihat situasi saya yang tak seberapa, tanpa berfikir panjang, dia terus buat loan dan serahkan kawannya untuk melaburkan duit itu dengan janji, hasil dari keuntungan itu, akan digunakan untuk bayar pinjaman sebelum kedua-duanya membahagikan untung bersih hasil dari pelaburan itu. Loan dibuat atas nama suami atas sebab-sebab tertentu.

Malangnya, bayang keuntungan tak ada, tapi kami lega, atas rasa tanggungjawap atas kegagalan pelaburan tu,  rakan suami membayar secara bulanan pinjaman tersebut.

Tahun pertama, aliran bayaran cantik setiap bulan, suami pon dah mula lepas tangan, tak memandang lagi.

Dan hari ini, pada pukul 1.15 petang, saya sedang menunggu zuhur, di atas sejadah, suami beritakan sesuatu yang betul-betul menyentak saya

Suami dihubungi peguam, wakil dari pihak bank, menyatakan tunggakan pembayaran yang memasuki bulan ke 6. Jika tiada bayaran yang dibuat sebelum pukul tiga, surat mahkamah dikeluarkan. Selebihnya saya tak tau, tak mahu menyerabut suami dengan soalan yang macam-macam.

Pening, hutang yang ada pon dah banyak, kenapa si suami terlalu percayakan orang. mahu menangis, kudrat terasa hilang, pada siapa mahu dipinjamkan wang sebanyak itu (maaflah, jumlahnya tak mahu saya kongsikan) Mana perginya si rakan yang berjanji melunaskan pinjaman itu? kenapa singkat sangat masa yang diberi?. Semuanya berlegar-legar di kepala, Hendak di hembur pada suami, tak sampai hati. Orang dalam kerunsingan, tak mahu saya tambahkan.

Ambil telefon. tak tau apa yang perlu dibuat. hati terdetik, buka telegram, scroll group Tip Rezeki Murah.Berhenti pada artikel ini

Masa makin pendek, suami berkali-kali call, mengadu, memohon maaf, menyata kesal. Suami mencari rakan yang berkenaan, pergi kerumahnya, kosong, call berkali-kali, lansung tak dapat dihubungi.

sy hantarkan keratan diatas pada suami, Saya katakan kita sama-sama ambiL wudu, solat Zuhur dan seterusnya solat hajat dan baca Al quran, selepas itu berdoalah, saat ini, ikrarlah pergantungan kita hanya pada allah.

Suami akur, Tepat pukul 2, dia call saya kembali, rakan menghubunginya kembali, dah 6 bulan terlantar akibat stoke, dalam proses penyembuhan. Terlalu memikirkan sakit, sampai lupa janji pada suami. Berpesan pada suami, lepas ni, tolong ingatkan dia tentang bayaran bulanan tu.

Allah, lega rasa hati, tapi tak habis di situ, rakannya terlantar di rumah (yang dikunjungi suami tadi) tak mampu bergerak. Anaknya keluar mengurus hal kerja. adus, bagaimana kami nak bayar sebelum pukul 3 ni? tepuk dahi kembali.

Pujuk suami supaya call peguam kembali (ego lelaki, entah ape yang di gaduhkan sampai tak mahu lagi bercakap dengan peguam) terangkan apa yang berlaku dan minta dikurangkan bayaran tu.

Sambil menunggu, sambung semula bacaan Al quran yang terhenti, 10 minit kemudian, suami hubungi kembali

Alhamdulillah, bayar semampu dan nanti perlu ke bank untuk re structure balik pembayaran bulanan.

Allah, terhembur rasa syukur yang amat sangat. Jujur saya kata, kami tak punya apa-apa yang mampu kami leburkan untuk bayar pinjaman sebanyak itu. kami juga malu untuk meminta tolong dari sesiapa, hatta dari keluarga sekalipun. yang kami ada cuma Allah, mengingatkan saya pada formula ke 18 dari buku Formula Tarik Rezeki  

" Kita lupa segalanya dari Allah, kita lupa minta dengan Allah. Kita lupa Dia maha kuat, maha menunaikan segala sesuatu bila tiba masanya"- Petikan buku 111 Formula Tarik Rezeki

Bila dah terhantuk begini, dengan sapa kita mampu mengadu?

Mungkin cerita ini biasa bagi anda, mungkin anda rasa, saya terlalu mengagungkan buku ini. Mungkin anda rasa, saya cuma membesarkan sesuatu yang tah apa-apa.

Beginilah

saya ini imannya sangat nipis. saya baru mengenal allah, kehilangan anak kami membuatkan persepsi beragama saya berputar 360 darjah. senang cakap, saya baru rapat dengan sejadah. baru rapat, kusyuknya masih on off.

saya masih belum habis mentelaah buku ini, bagi saya buku ini sebagai jambatan, ilmunya sebagai peringatan, bukan kaya yang hendak di capai, cuma rezeki halal yang tak putus supaya rezeki ini membuat saya dan keluarga terus istiqamah mencari jalan ke akhirat.

Harap cerita ini ada pengajaran kepada yang membaca. ingat, jangan sesekali percaya 100%  pada sesapa sahaja, jangan bergantung pada manusia, yakin pada perngantungan pada Allah (ini yang saya sedang tanam sepenuhnya dalam hati saya dan suami) dan jangan buat keputusan tanpa berbincang dengan pasangan.

p/s- cerita ini berlaku semalam, tapi baru hari ini siap. lama sangat tak mengarut, idea tak bercambah😁
Semoga Jumaat ini penuh keberkatan untuk kita semua

Assalmualaikum

zai@tabtibau




Wednesday, February 21, 2018

SELAMAT PAGI

Selamat pagi..
Moga hari kita dilimpahi keberkatan dari Allah SWT

Sebelum kami mulakan hari, hantar anak ini dulu ke sekolah.
Muka ada mendung, tak dapat ikut kami berjogging
Ke sekolah sayang, ilmu tu wajib di tuntut, supaya satu hari nanti kita mewariskan ilmu yang berguna pada insan-insan seterusnya

Anak ini baru menyambut hari lahirnya 14 Feb lepas,
Bila ditanya apa yang Aina nak sempena birthday,
" Aina nak makngah duduk ngan Aina kat Muadzam seminggu"
Entah kerana faham makngah dah  tak berkerja atau dia merindui masa-masa bersama makngah tanpa dikongsi dengan adik-adik yang lain terutama tak perlu berkongsi makngah dengan Uncle gg😅😅.

Itulah keinginan anak yang meningkat usia ini pada Makngah, dan Makngah dengan relahati menyempurnakan keinginannya, sementelah dah berjanji dengan uminya untuk menuntut ilmu. Dua dalam satu, Makngah dapat ilmu dari Umi, Aina dapat pinjam Makngah seminggu, win-win situation kata orang.

Jujur saja, kita juga punya pelbagai keinginan bukan? setiap hari, otak berputar-putar duk memikir     " kan bagus aku ada kereta macam tu, kan bagus kalau aku ade duit yang banyak". Berangan, bende percuma yang tak ada sape yang boleh melarang tapi hakikatnya sakit kerana tersekat di alam nyata.

Hakikatnya, kita tertanya-tanya kenapa hidup kita susah, tak merasa senang macam orang lain. Kenapa masalah bertimpa-timpa, entah dari mana puncanya, bermasalah dengan  keluarga, dengan rakan sekerja, dengan orang sekeliling.

Bayangkan, (berangan lagi😄) hidup kita tenang, ibadah pon terjaga, duit lebih dari cukup, bebas hutang, kesihatan diri dalam keadaan yang baik dan hubungan keluarga aman, indah sungguh kan?

Fikiran pon semakin matang, semakin bijak setiap hari. semakin bersemangat  dan berani untuk merubah hidup menjadi lebih baik. Kita abaikan apa sahaja orang kata, langkah semakin laju ke depan, hebat kan?

Akui sahaja, memang teringinkan?

Maka, raikan kemahuan itu kini. Ingin peroleh kebaikan pada masa akan datang itu fitrah. Naluri kita tetap memilih kehidupan yang bagus dari sudut emosi, duit, hubungan,kerjaya dan rezeki.

Mahu kaya dan berjaya, fikiran dan hati perlu diperbetulkan dahulu supaya setiap matlamat yang hendak dicapai seiring dengan perlaksanaan

HEART is HOME- Nora Yusof

Manusia yang mati hatinya adalah insan yang tidak lagi sedih jika terlepas peluang membuat amalan yang mendekatkan dirinya kepada Yang Maha Pencipta
Manusia yang mati hatinya adalah insan yang tak gembira melihat kegembiraan orang lain, jelek hatinya, tidak merasa keikhlasan dari kebaikan yang dibuat orang lain
Manusia yang mati hatinya merupakan mereka yang tidak merasa kesal jika melakukan dosa dan maksiat, yang menjauhkan dia dari rahmat Allah
Hati itu penghubung manusia dengan penciptanya
jika terputus hubungan itu, layak kah kita merasa nikmat Allah?

Lapangkan jiwa, buka minda, buang ego segara. Maka tambahlah ilmu di dada - pesan jutawan
Jika berminat dengan buku hebat 111 Formula Tarik Rezekianda boleh dapatkan disini
atau wassap saya di 017-8092831

Assalammualaikum

zai@tabtibau


Tuesday, February 20, 2018

KENALI PENULIS BEST SELLER FTR


Nora yusof
Di kalangan orang biasa, mungkin namanya tak begitu dikenali
Namun dikalangan orang meniaga, namanya tak asing lagi
inilah penulis buku terlaris 111 FORMULA TARIK REZEKI 
buku yang sudah terjual hingga beribu unit sejak ia dibukukan pada 2017

Buku yang santai, senang difahami, & yang paling penting jika diamalkan ilmu didalamnya, insyallah rezeki takkan putus, malah bertambah baik dari masa ke semasa.

Saya masih lagi merangkak, mencuba langkah demi langkah untuk merasa limpahan rezeki yang berkat dari Yang Maha Pencipta. Moga saya bakal menjadi salah satu dari testimoni yang berjaya hasil ilmu dari buku ini

Moga Allah makbulkan..amin

Berminat dengan buku ini?
jangan lupan tekan disini
atau wassap ke 017-8092831

Assalammualaikum..

zai@tabtibau




Assalamualaikum

Izinkan saya perkenalkan diri ☺

Saya Zaifariza, baru  dua bulan menjadi penganggur terhormat
sebelum ni saya bekerja dan PJJ dengan suami
suami bekerja di Johor dan saya di Shah Alam
sama-sama mencari rezeki nak meneruskan kelansungan hidup kat Malaysia yang tak layak untuk org level sederhana macam kami ni

3 tahun kami berjauhan, jumpa sebulan sekali, untungnya tempat kerja saya yang begitu memahami, saya dibenarkan cuti selama seminggu direct dalam sebulan, awal tahun, bolehlah la bergumbira dengan AL (annual leave), tak sampai tengah tahun, habis dah semua nya, so dalam  seminggu saya akan bekerja pada hari cuti saya, supaya cuti-cuti tu dapat saya kumpul untuk saya gunakan pada bulan hadapn, berjumpa suami dan jalankan tanggungjawap sebagai isteri, untungnya lagi, dalam seminggu saya ada 2 hari cuti, sehari saya simpan, dan sehari saya gunakan untuk berehat dirumah

Hinggalah hubungan kami diuji, pelbagai, hingga saya ambik keputusan untuk berhenti kerja dan berpindah ke Johor, jadi mem besar yang selagi tak tutup mata, kerja kerja kerja (dan untuk itu saya mengkagumi kehebatan seorang suri rumah yang mengasuh anak sambil menjaga kebajikan rumah)

Mengambil keputusan berhenti kerja bukan sesuatu yang mudah. Dengan segala bil yang menunggu setiap bulan untuk dilunaskan, keperluan rumah yang perlu ditambah,  di sertakan dengan perbelanjaan melawat mak ayah dan mertua (mak ayah saya di Seremban,  mertua di Rawang), menuntut komitmen kewangan yang banyak. Bukan mengeluh, tapi untuk orang yang dah biasa di hujung bulan, akaun terisi, saya sangat terkesan dengan kekurangan yang saya hadapi sekarang.

Hingga kakak saya perkenalkan saya dengan buku ini..Sebetulnya, saya suka membaca. Saya ada bertimbun buku di rumah, ada yang masih tak bukak plastiknya. Teman serumah saya pernah cakap, "kak zai beli buku rajin, bacanya entah bila", jadi satu tebiat untuk membaca buku yang saya suka berkali-kali dan membeli buku yang saya nak sebab takut buku tu habis sebelum sempat saya beli☺

Malangnya, buku kesukaan saya adalah buku-buku fiksyen, jauh sekali untuk membaca buku motivasi ni, berkerut muka bila dihulurkan buku ini, dalam hati dah tersemat " tak terbaca aku buku ni"

Mungkin kerana sudah terdesak, atau disebabkan faktor usia, bila dihulur buku ini, saya terus menyambut, menyelak sehelai demi sehelai, perkara yang jarang dibuat sebelum ni.

Dan hari ni, sudah tiga hari saya belek buku ini, dan saya janji untuk mengikut sehabis baik ilmu yang diturunkan supaya saya juga berjaya seperti insan-insan yang berjaya hasil didikan guru Nora Yusof

Sedikit demi sedikit, saya akan kongsikan tip-tip & ilmu dari buku ini, moga ada manfaat untuk kita semua. Jika berminat, anda boleh mendapatkannya disini atau wassap saya di 017-8092831

Sampai sini saja, jumpa lain masa❤

assalamualaikum,

zai@tabtibau

Monday, February 19, 2018

FTR